Muka Ciut-Miut

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID:1065972)

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID:1065972)
Saya Suhaila, Pengedar Sah Shaklee di kawasan Klang, Selangor dan penghantaran melalui pos seluruh malaysia [CALL/SMS : 018-9671074, WHATSAPP:012-9642097 or FB: Bella Onlineshop]

Thursday, 28 November 2013

Set Vitamin Shaklee Untuk Gout

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini agak sunyi dan dapat bersenang lenang sikit coz company sedang buat stock take..hihihi..sesambil ler ni.. Jadi dapat la kesempatan untuk update blog yang dah beberapa hari Sueha tak jengguk ni..Ok..Hari ni Sueha nak citer sikit berkenaan penyakit Gout dan juga cadangan Set Vitamin Shaklee untuk GOUT.

Yang pertamanya, kita kena faham ape dia Gout ni sebenarnya???Kenapa atau apa punca yang bole sebabkan terjadinya GOUT??Dan macam mana nak elak atau kurangkan keradangan sakit daripada Gout ini.


Gout merupakan sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Di mana, apabila tubuh kita mengandungi asid urik yang berlebihan terkumpul di dalam sendi, ia menyebabkan gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal.

Pesakit gout disarankan seboleh-bolehnya mengelakkan memakan makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis dan juga daging. Pesakit gout juga amat memerlukan air yang secukupnya di dalam badan. Di mana air ini berfungsi untuk menyingkirkan asid urik dari dalam badan.

Cara permakanan seseorang pesakit gout perlu ditukar dengan melebihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan dan mengurangkan pengambilan daging dan juga makanan laut.


Di bawah adalah senarai makanan yang perlu DIELAK bagi pesakit GOUT:

* Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
* Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
* Daging cincang
* Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
* Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging

Biasanya seorang doktor akan menyarankan seseorang pesakit untuk bergantung kepada ubat. Namun tidak salah sekiranya, pesakit cuba mengamalkan vitamin suplemen yang telah terbukti secara klinikal seperti Set Vitamin Shaklee untuk Gout ini. Set ini mengandungi Alfafa, Advance Joint Health Tablet(AJHT), Performance Drink dan juga Omega guard.

Fungsi-Fungsi Set Vitamin Shaklee untuk Gout seperti berikut :

Alfafa~ detoks semulajadi yang bertugas untuk menyingkirkan toksik daripada badan. Pastikan pengambilan air sebaik-baiknya 2-3Liter sehari untuk membantu melancarkan proses detoks.

Advance Joint Health Tablet (AJHT)~ memberikan keselesaan dan kelegaan pada sendi dan juga pergerakkannya

Performance Drink~ memelihara keseimbangan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Performance drink ini berfungsi untuk menggantikan air yang hilang dari tubuh badan.

Omega Guard~ mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan dapatkan tawaran harga istimewa untuk set ini, hubungi saya di:

SMS/CALL : 018-967 1074
WHATSAPP/WECHAT : 012-964 2097
EMAIL: norsuhaila.zakaria@gmail.com
Page FB: Bella Onlineshop






No comments:

Post a Comment