Muka Ciut-Miut

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID:1065972)

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID:1065972)
Saya Suhaila, Pengedar Sah Shaklee di kawasan Klang, Selangor dan penghantaran melalui pos seluruh malaysia [CALL/SMS : 018-9671074, WHATSAPP:012-9642097 or FB: Bella Onlineshop]

Tuesday, 19 November 2013

Manfaat Minum Air Putih


Assalamualaikum w.b.t

Arini Sueha nak share berkenaan manfaat minum air putih bagi kesihatan tubuh badan kita. Banyak manfaat yang kita bole peroleh dari pada meminum air putih ini, dari menghilangkan racun sehingga mencegah timbulnya penyakit. Kita disarankan untuk minum secara teratur minimum 8 gelas sehari iaitu lebih kurang 2 - 2.5 liter/hari.

Setiap bahagian tubuh manusia sangat memerlukan air daripada kulit, jantung hingga ke otak. Air putih memiliki banyak kandungan yang berguna bagi kesihatan tubuh badan kita.

Air putih adalah sejenis air yang berwarna bening/jernih, tidak mempunyai rasa atau bau.

Berapa Tong Air Putih Yang Harus Diminum Setiap Hari??

Dalam aktiviti seharian kita banyak kehilangan air dan vitamin. Jumlah air putih minimal yang harus dikonsume setiap hari hari adalah 8 gelas dan boleh ditambah mengikut keperluan badan masing-masing.

Manfaat Meminum Air Putih!!
* Membersihkan racun/toksin daripada badan kemudian membawa ke hati dan ginjal untuk dibuang.
* Melarutkan makanan, vitamin dan mineral yang berguna dalam proses pencernaan dalam tubuh manusia.
* Mengurangkan Stress, rasa cemas dan depresi yang sedang dialami.
* Membantu melancarkan darah serta mencegah pengumpulan darah.
* Memberi energi kepada otak dalam proses berfikir.
* Menghaluskan kulit dan membantu mengurangi efek penuaan dengan mempercepatkan proses pengantian sel kulit.
* Cegah masalah impontensi kerana dehidrasi dapat melambatkan proses produksi hormon seks.
* Bagi wanita hamil, air putih berguna untuk membantu mengurangkan mual di pagi hari.
* Bagi yang ingin menurunkan berat badan, minum air putih pada waktunya dan anda akan kehilangan berat tubuh tanpa perlu diet berlebihan. 
Seidealnya wanita mahupun lelaki memerlukan 2 - 2.5liter air sehari demi keseimbangan metabolisme dalam tubuhnya.  Jika kekurangan, ia akan memberi pengaruh terhadap kerja sel di otak dan juga beberapa organ lainnya. Di mana, ia akan memperlambatkan ingatan (hilang fokus), meningkatkan stress dan juga depresi.

Namun begitu, sekiranya air terlalu banyak didalam badan juga bukanlah satu perkara yang baik. Menurut laporan The Times of India, terlalu banyak minum air tidak kiralah air putih mahupun jus atau minuman berkarbonat boleh mengakibatkan masalah pada tubuh. Masalah kelebihan air minum tersebut dipanggil Exercise-Associated Hyponatraemia (EAH). EAHboleh mengakibatkan sodium dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Sodium yang terlalu rendah boleh menyebabkan beberapa organ tubuh membengkak. Salah satu organ yang membengkak bila mana tahap sodium dalam tubuh terlalu rendah adalah sel-sel otak. Bila ini terjadi, seseorang bisa kehilangan kesedaran, mengalami kekejangan, ataupun koma, bahkan yang lebih teruk kematian.

Tips Menjaga Kesihatan

* Consume air putih 4 gelas pada waktu pagi setelah bangun daripada tidur, yakni sebelum mandi dan menggosok gigi.
 - Dapat memadatkan minyak dan memperlambatkan proses pencernaan. Berguna bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.

Jadi, rakan-rakan semua, sudahkah anda meminum air putih hari ini?? :)

Nota Kuku Kaki:~ Ambil Vitamin banyak-banyak pun..Jangan lupa minum air putih secukupnya ye rakan-rakan?? :)

Loves;
Sueha (sid:1065972)



No comments:

Post a Comment