Muka Ciut-Miut

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID:1065972)

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID:1065972)
Saya Suhaila, Pengedar Sah Shaklee di kawasan Klang, Selangor dan penghantaran melalui pos seluruh malaysia [CALL/SMS : 018-9671074, WHATSAPP:012-9642097 or FB: Bella Onlineshop]

Friday 29 November 2013

Do & Don't Untuk Pengambilan Vitamin

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih rajin pulak Sueha sekarang update blog ni..hihihihi..bukan ape..da ter'excited' pulak bila dapat informasi berguna untuk dikongsi dengan semua. Mungkin dah ramai yang buat post berkenaan info ni..Tapi tak ape la..Ini blog Sueha yang punye.. Suka hati la kan nak buat post yang da basi ke x??hahahhaahargh..ketawa jahat..

Okey, memandangkan banyak vitamin yang ada dan ada yang sesuai diambil bersama dan ada yang perlu dielakkan daripada diambil bersama kerana boleh mengganggu proses penyerapan. Ialah, macam manusia jugaklah, ada yang boleh ngam..ade yang tidak..eh..eh..tetibe..ade kaitan ke?? 

Dah memlalut pulak nanti..Kat bawah ini, Sueha de senaraikan beberapa perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH untuk pengambilan vitamin. Jom kita baca apalah senarai untuk calon anugerah BOLEH dan TIDAK BOLEH ni..Calon-calonnya adalah...jeng..jeng..

BASIC RULES: DO

VITAMIN LARUT AIR (B&C)
Seelok-eloknya diambil bersama dengan segelas air dan elakkan pengambilan makanan yang berlemak/berminyak

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E+K)
Diambil selepas mengambil makanan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan

OSTEMATRIX (Kalsium)
Seeloknya diambil bersama produk tenusu seperti susu. Jadi kenalah pastikan kalsium anda mempunyai magnesium untuk membantu kalsium lebih mudah untuk diserap

IRON
Diambil bersama Vitamin C sebab iron memerlukan Vitamin C untuk lebih mudah diserap.

ZINC
Diambil bersama makanan.Sekiranya kurang makanan, boleh menyebabkan rasa loya.

*Pengambilan air putih 2-3L dalam sehari

BASIC RULES: DON'T

ALFAFA+ VITAMIN E
Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana alfafa boleh mengganggu penyerapan vitamin E

KALSIUM+IRON
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Jadi elakkan pengambilan Ostematrix bersama Vita Lea kerana Vita lea mengandungi Iron

ALFAFA+GLA COMPLEX
GLA complex mengandungi Vitamin E, baca semula rule yang PERTAMA

VITAMINS+KAFEIN
Keberkesanan penyerapan vitamin akan berkurang sekiranya diambil bersama-sama kafein atau teh

*Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vita-Lea kerana Vita-Lea mengandungi Iron

Itulah sedikit sebanyak maklumat yang Sueha kumpul..penatlah jugak menaip ni ye..oklah..Sueha nak pegi breakfast then nak mam Vitamin tuk kesihatan yang baik..Insyallah..Till meet again..xoxo.. muacks.. 

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan dapatkan tawaran harga istimewa untuk set ini, hubungi saya di:

SMS/CALL : 018-967 1074
WHATSAPP/WECHAT : 012-964 2097
EMAIL: norsuhaila.zakaria@gmail.com
Page FB: Bella Onlineshop




Thursday 28 November 2013

Set Vitamin Shaklee Untuk Gout

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini agak sunyi dan dapat bersenang lenang sikit coz company sedang buat stock take..hihihi..sesambil ler ni.. Jadi dapat la kesempatan untuk update blog yang dah beberapa hari Sueha tak jengguk ni..Ok..Hari ni Sueha nak citer sikit berkenaan penyakit Gout dan juga cadangan Set Vitamin Shaklee untuk GOUT.

Yang pertamanya, kita kena faham ape dia Gout ni sebenarnya???Kenapa atau apa punca yang bole sebabkan terjadinya GOUT??Dan macam mana nak elak atau kurangkan keradangan sakit daripada Gout ini.


Gout merupakan sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Di mana, apabila tubuh kita mengandungi asid urik yang berlebihan terkumpul di dalam sendi, ia menyebabkan gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal.

Pesakit gout disarankan seboleh-bolehnya mengelakkan memakan makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis dan juga daging. Pesakit gout juga amat memerlukan air yang secukupnya di dalam badan. Di mana air ini berfungsi untuk menyingkirkan asid urik dari dalam badan.

Cara permakanan seseorang pesakit gout perlu ditukar dengan melebihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan dan mengurangkan pengambilan daging dan juga makanan laut.


Di bawah adalah senarai makanan yang perlu DIELAK bagi pesakit GOUT:

* Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
* Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
* Daging cincang
* Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
* Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging

Biasanya seorang doktor akan menyarankan seseorang pesakit untuk bergantung kepada ubat. Namun tidak salah sekiranya, pesakit cuba mengamalkan vitamin suplemen yang telah terbukti secara klinikal seperti Set Vitamin Shaklee untuk Gout ini. Set ini mengandungi Alfafa, Advance Joint Health Tablet(AJHT), Performance Drink dan juga Omega guard.

Fungsi-Fungsi Set Vitamin Shaklee untuk Gout seperti berikut :

Alfafa~ detoks semulajadi yang bertugas untuk menyingkirkan toksik daripada badan. Pastikan pengambilan air sebaik-baiknya 2-3Liter sehari untuk membantu melancarkan proses detoks.

Advance Joint Health Tablet (AJHT)~ memberikan keselesaan dan kelegaan pada sendi dan juga pergerakkannya

Performance Drink~ memelihara keseimbangan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Performance drink ini berfungsi untuk menggantikan air yang hilang dari tubuh badan.

Omega Guard~ mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan dapatkan tawaran harga istimewa untuk set ini, hubungi saya di:

SMS/CALL : 018-967 1074
WHATSAPP/WECHAT : 012-964 2097
EMAIL: norsuhaila.zakaria@gmail.com
Page FB: Bella Onlineshop






Sunday 24 November 2013

Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T. untuk menjalani hari ini dan Insyallah hari2 yang seterusnya..Hari ni Sueha nak share berkenaan set kecantikan dari Shaklee pulak ler..Jujur kat sinikan, siapa yang tak nak cantik,btul x? Kak Ton pun nak cantik..Cantik x Kak Ton??hihihihi.. :p lagi-lagi bila usia ni makin meningkat. da aje masalah kulit yang timbul..Jerawat..Toner xsekata, jeragat la..kulit kusam la..masalah pori-pori la..terbukak luas pori-pori tu..nak suh ape masuk xtau la..heeee...

Tilik punya tilik..Sueha rasa produk Shaklee ini elok untuk dapatkan kulit berseri-seri ni..Jom kita tengok ape yang ade dalam Set Kecantikan Shaklee ni..Jom!!Jom!!


Set Kecantikan Shaklee ni terkandung dengan Vitamin C SR, B-Complex & Vitamin E serta tambahan Energizing Soy Proteinn (ESP). Kat bawah ni, Sueha nak senarai sikit sebanyak fungsi-fungsi setiap vitamin dalam kecantikan kulit ni.

i) Vitamin C SR

  • Antioksidan kuat yang melindungi kulit dari pencemaran udara, panahan matahari dan sebagainya.
  • Merangsang pembentukan+peningkatan penghasilan kolagen kulit.
  • Mencerahkan kulit
ii) Vitamin B Complex
  • Mencegah Pigmentasi 
  • Sebagai pelembap
  • Melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
iii) Vitamin E Complex
  • Menjaga kesegaran+keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
iv) Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membaik-pulih sel-sel dan tisu yang rosak
  • Hilangkan kesan parut jerawat, jeragat
  • Menganjalkan payudara dan punggung
Daripada fungsi-fungsi vitamin di atas, uols semua boleh nampakkan yang Set Kecantikan Shaklee bukan saja baik untuk kecantikan luaran. Malah baik untuk kecantikan dalaman. Lagi pun pada Sueha yang dalam perlu cantik dulu baru luaran. Tak gitu??? :)

So, pada kamu yang berminat nak dapatkan set ni, boleh hubungi Sueha. Tak ada bajet tuk ambil full set, ada set bajet..Nyatakan bajet kamu, Sueha cuba bantu set ape yang sesuai untuk kamu..okey?? 
Sama-sama kita sihat..Sama-sama kita cantik.. :)

Tapi nak sihat..nak cantik..perlulah berkorban sikit??eye dop?? 

Hubungi Sueha di...
PM/Inbox Page FB : Bella Onlineshop
SMS/CALL : 018-967 1074
Whatsapp : 012-964 2097
Email: norsuhaila.zakaria@gmail.com



Tuesday 19 November 2013

Manfaat Minum Air Putih


Assalamualaikum w.b.t

Arini Sueha nak share berkenaan manfaat minum air putih bagi kesihatan tubuh badan kita. Banyak manfaat yang kita bole peroleh dari pada meminum air putih ini, dari menghilangkan racun sehingga mencegah timbulnya penyakit. Kita disarankan untuk minum secara teratur minimum 8 gelas sehari iaitu lebih kurang 2 - 2.5 liter/hari.

Setiap bahagian tubuh manusia sangat memerlukan air daripada kulit, jantung hingga ke otak. Air putih memiliki banyak kandungan yang berguna bagi kesihatan tubuh badan kita.

Air putih adalah sejenis air yang berwarna bening/jernih, tidak mempunyai rasa atau bau.

Berapa Tong Air Putih Yang Harus Diminum Setiap Hari??

Dalam aktiviti seharian kita banyak kehilangan air dan vitamin. Jumlah air putih minimal yang harus dikonsume setiap hari hari adalah 8 gelas dan boleh ditambah mengikut keperluan badan masing-masing.

Manfaat Meminum Air Putih!!
* Membersihkan racun/toksin daripada badan kemudian membawa ke hati dan ginjal untuk dibuang.
* Melarutkan makanan, vitamin dan mineral yang berguna dalam proses pencernaan dalam tubuh manusia.
* Mengurangkan Stress, rasa cemas dan depresi yang sedang dialami.
* Membantu melancarkan darah serta mencegah pengumpulan darah.
* Memberi energi kepada otak dalam proses berfikir.
* Menghaluskan kulit dan membantu mengurangi efek penuaan dengan mempercepatkan proses pengantian sel kulit.
* Cegah masalah impontensi kerana dehidrasi dapat melambatkan proses produksi hormon seks.
* Bagi wanita hamil, air putih berguna untuk membantu mengurangkan mual di pagi hari.
* Bagi yang ingin menurunkan berat badan, minum air putih pada waktunya dan anda akan kehilangan berat tubuh tanpa perlu diet berlebihan. 
Seidealnya wanita mahupun lelaki memerlukan 2 - 2.5liter air sehari demi keseimbangan metabolisme dalam tubuhnya.  Jika kekurangan, ia akan memberi pengaruh terhadap kerja sel di otak dan juga beberapa organ lainnya. Di mana, ia akan memperlambatkan ingatan (hilang fokus), meningkatkan stress dan juga depresi.

Namun begitu, sekiranya air terlalu banyak didalam badan juga bukanlah satu perkara yang baik. Menurut laporan The Times of India, terlalu banyak minum air tidak kiralah air putih mahupun jus atau minuman berkarbonat boleh mengakibatkan masalah pada tubuh. Masalah kelebihan air minum tersebut dipanggil Exercise-Associated Hyponatraemia (EAH). EAHboleh mengakibatkan sodium dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Sodium yang terlalu rendah boleh menyebabkan beberapa organ tubuh membengkak. Salah satu organ yang membengkak bila mana tahap sodium dalam tubuh terlalu rendah adalah sel-sel otak. Bila ini terjadi, seseorang bisa kehilangan kesedaran, mengalami kekejangan, ataupun koma, bahkan yang lebih teruk kematian.

Tips Menjaga Kesihatan

* Consume air putih 4 gelas pada waktu pagi setelah bangun daripada tidur, yakni sebelum mandi dan menggosok gigi.
 - Dapat memadatkan minyak dan memperlambatkan proses pencernaan. Berguna bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.

Jadi, rakan-rakan semua, sudahkah anda meminum air putih hari ini?? :)

Nota Kuku Kaki:~ Ambil Vitamin banyak-banyak pun..Jangan lupa minum air putih secukupnya ye rakan-rakan?? :)

Loves;
Sueha (sid:1065972)



Sunday 17 November 2013

Set Tambah Susu SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Sueha nak kongsi berkenaan set tambah susu bagi ibu yang baru lepas bersalin ataupun yang mana ingin teruskan menyusu bayinya.



Sejujurnya, Sueha belum pun berkahwin, jadi xpernah mencuba semua set yang Sueha nak cerita ni (tp Sueha ada makan untuk tujuan len..hahahaha...). Cuma Sueha berkongsi daripada pengetahuan yang Sueha terima dan juga kaji. Dan berasaskan daripada sumber-sumber yang telah mengamalkan set tuk menambahkan susu badan ini.


Okey, kita tahu untuk bayi yang baru lahir, bayi memerlukan zat-zat berkhasiat untuk menjamin tumbesaran yang optimum. Dan kita semua tahu, susu ibu adalah sumber terbaik untuk bayi kita. Ada sesetengah para ibu yang mempunyai masalah susu kurang atau tiada susu badan. Jadi, saya ingin cadangkan beberapa vitamin yang sesuai untuk para ibu yang ingin menambah susu badan.



Vitamin Set Tambah Susu dan Kepentinganya

1)Vita-Lea with Iron Formula 
* mengandung 40 jenis nutrient ekstrat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, spirulina, beras dan kacang soya. Ia dilengkapi dengan kesemua 23 vitamin, mineral berserta zat besi untuk keperluan harian badan. Ia penambah tenaga ibu dan kandungan zat dalam susu ibu terhadap anak. pengambilan zat besi yang mencukupi untuk para ibu bagi menggelakkan si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas penyusuan.
* Para ibu biasanya disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi dalam makanan anak sekitar umur anak mencecah 6 bulan. Vita-Lea merupakan multivitamin yang telah dilengkapi dengan iron bagi membantu tumbesaran anak dengan lebih baik.

2) Sustained Release Vitamin C 500mg
* Vitamin C Shaklee membebaskan vitamin C secara perlahan-lahan. Ia sangat penting untuk menjaga salur darah, bertindak sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi si ibu. Pengambilan bersama Vita-Lea dapat meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh badan.
* Bagi ibu yang menghadapi puting melecet,luka, berdarah dll, insyallah luka akan cepat sembuh. Bonus tuk amalan ini, kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah dan cantik keran Vitamin C membantu pembentukan kolagen yang baik.

3) B Complex
* B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh badan demi membantu badan bertenaga, otak lebih fokus, anti-stress, emosi lebih stabil. Penghasilan susu badan juga berkait dengan emosi si ibu, apabila si ibu kurang stress, secara automatiknya penghasilan susu akan menjadi lancar.
* Pengambilan pil perancang memrlukan pengambilan B complex yang konsisten kerana pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada dalam badan.
* Vitamin B juga dapat mejadikan wajah awet muda (berseri+tidak kusam) dan melambatkan proses uban.

4) Osteometrix (Kalsium+Magnesium)
* Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium amat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Proses penyusuan bayi, menyebabkan kalsium si ibu berkurang dan boleh menyebabkan osteoporosis, rasa sengal pada kaki dan sakit tulang belakang. Jadi amat penting untuk si ibu mengambil kalsium yang mencukupi dalam diet harian.
* Sewaktu menstrual (period), kadar pengeluaran susu biasanya berkurang. Ini disebabkan oleh kekurangan kalsium semasa badan menyingkirkan darah kotor dari badan.
* Ia juga dapat menstabilkan tekanan darah dan membantu dalam masalah gastrik.

5) ESP (Energizing Soy protein)
* Protein adalah komposisi vitamin utama dalam susu ibu. Semasa menyusu, para ibu memerlukan kalsium dan protein yang banyak. Dengan pengambilan ESP, para ibu dapat melengkapkan pengambilan protein harian. Protein berfungsi  untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan memelihara tisu dalam badan kita. Ia mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
* Bonus dengan pengambilan ESP - kulit ibu manjadi gebu dan cantik. Protein diperlukan untuk menggantikan sel-sel mati kepada baru. Sebab itulah ibu atau sesiapa yang mengamalkan ESP akan merasakan kulit mereka lebih gebu dan cantik.

Tambahan, satu lagi vitamin yang elok untuk ibu yang menyusu adalah ALFAFA. Ia juga dikenali sebagai 'milkbooster'.



Antara kebaikan Alfafa adalah:

* alfafa adalah raja segala tumbuhan, ia dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan membantu ibu-ibu yang menyusu untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.
* Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak dan berkrim.
* Turut membantu dala perkumuhan (elak sembelit) dan membuang angin dalam badan, justeru ia dapat menggelakkan bayi dari terkena kembung.

Peringatan: Pengambilan dan keberkesanan adalah berbeza untuk individu. Ada yang hanya memerlukan 2 biji sehari dan ada yang memerlukan 10 atau 20 biji sehari bagi membantu badan menghasilkan susu dengan lebih cepat.

Namun begitu perlu diingatkan, selain mengamalkan pengambilan set vitamin ini, para ibu perlu mengamalkan teknik penyusuan dengan betul, pengambilan air yang mencukupi dan jadual pam yang konsisten bagi mengelakkan bengkak susu dan menyokong kejayaan perjalanan susu. Jauhi dari stress, kerana ini boleh menggangu penghasilan susu. Insyallah anda mampu. :)

Pada yang berminat, untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan, boleh hubungi Sueha pengedar Shaklee di :

SMS/CALL : 018-967 1074
WHATSAPP/WECHAT: 012-964 2097
E-mail : norsuhaila.zakaria@gmail.com
Page FB: Bella Onlineshop

P/S: Selalu doa dapat tamatkan zaman bujang cepat2, dan Insyallah dengan izin Allah dapat rasa macam mana perasaan bergelar seorang ibu. Doakan Sueha ye? :p







Friday 15 November 2013

Set Vitamin Kesuburan Wanita

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Sueha nak kongsi berkenaan Set Vitamin Shaklee untuk Kesuburan Wanita. Cahaya mata adalah harta paling berharga di dunia ini + menjadi pengikat hubungan antara suami isteri. Namun tidak semua pasangan mudah untuk mendapat zuriat. Ada yang cepat, ada yang selepas bertahun2 menanti barulah dikurniakan zuriat.

 Yang penting, setiap pasangan jangan berhenti berusaha dan berdia kepada Allah S.W.T. USAHA+DOA ini perlu berterusan. Ini ingatan tuk diri saya dan juga pembaca semua.

Okay, untuk makluman ketidaksuburan adalah di mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindungan, walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita itu tadi untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan, yakni keguguran.

Masalah kesuburan seringkali dibebankan kepada pihak wanita? Tahukah kita, 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca daripada wanita dan sedikit mengejutkan kerana 40% kes lagi berpunca daripada lelaki. Manakala 20% lagi adalah daripada kedua-dua pasangan.

Kesimpulannya ketidaksuburan bukan berpunca daripada wanita sahaja, tetapi turut melibatkan lelaki walaupun agak susah untuk seseorang lelaki mengakuinya.

Entri ini, khas untuk pihak wanita ye??Title entri pun Set Vitamin Kesuburan Wanita kan?? :)

Antara Faktor Sukar Mendapat Zuriat:

* Kitaran haid tidak teratur (2 kitaran dlm sebulan @ 1 kitaran dlm 2@3bln)
* Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan senggugut yang teruk
* Berat badan berlebihan juga antara punca tidak subur

Sebab/Punca Wanita Tidak Subur:

* Ketidakseimbangan hormon - gagal berovulasi
* Endometriosis, cyst, jangkitan atau ketumbuhan - halangan dari ovum
* Penyakit kelamin
* Penyakit berkenaan masalah pelvik
* Merokok
* Pengambilan kafein yang berlebihan
* Terlampau kurus atau gemuk
* Faktor usia

Cadangan Vitamin dari Shaklee untuk Kesuburan Wanita

ESP - Energizing Soy Protein
Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang tinggi nilainya dalam pembentukkan sel. Sel yang sihat akan memudahlan proses yang berkaitan dengan persenyawaan dan lain. ESP merupakan sumber PROTEIN biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan secara semulajadi, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Vitamin C
Vitamin C Shaklee adalah 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat atau perlahan-lahan dalan bertahan lebih lama di dalam tubuh badan kita. Satu tablet Vitamin C dapat membekalkan 500mg Vitamin C dan ia bertindak sebagai anti-oksidan.

Vita-Lea
Mengandung 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vita-Lea dapat menjamin taraf kesihatan optimun. Vita-Lea merupakan multivitamin.

B-Complex
Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran Vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi menggelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin.

GLA
Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur. Pengambilan GLA dapat mengatasi masalah senggugut (PMS) dikalangan wanita, di mana wanita seringkali mengalami senggugut disebabkan kekurang Gamma Linolenic Acid (GLA). Selain itu, Gla berperanan untuk memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi untuk memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopia di mana ovum menanti untuk persenyawaan. Dengan pengambilan GLA juga, dapat menghasilkan cecair mukus yang berkualiti dan dapat bertahan sehingga 5 hari.

Alfafa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama". Ia dapat membantu atasi masalah keputihan, masalah haid tidak teratur atau sindrom PMS yang melampau ketika datang bulan. Ia turut membantu dalam hubungan suami isteri, di mana bertindak seperti KACIP FATIMAH.

Zinc Complex
Zinc akan membantu melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Set Vitamin Kesuburan Wanita
Nota Kuku Kaki:
 Semua bergantung kepada taraf kesihatan dan yang penting rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T. Tiada jaminan anda akan mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha sahaja. Insyallah. :)

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan dapatkan tawaran harga istimewa untuk set ini, hubungi saya di

SMS/CALL : 018-967 1074
WHATSAPP/WECHAT : 012-964 2097
EMAIL: norsuhaila.zakaria@gmail.com
Page FB: Bella Onlineshop


Wednesday 23 October 2013

| Shaklee Sustained Release Vita C 500mg

Kita semua tahu, badan kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti seharian kita. Jadi amat perlu untuk kita mendapatkan vitamin C yang terbaik. Sustained Release Vita C 500mg ialah vitamin C Shaklee yang terbaik. Ia melepaskan secara berperingkat dan dapat menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh.

Sustained Release Vita-C 500mg


Antara Kebaikan Sustained Release Vita C 500mg:~

J MENCANTIKKAN kulit - membantu untuk mendapatkan kulit yang LEBIH CERAH,meLAMBATkan penuaan dan MENYEKAT pembentukan pigmentasi.
J Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan
J Amat sesuai diamalkan bagi y meghadapi resdung
J Memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran kolagen, membantu mencegah penuaan pra-matang
J Mengekalkan KOLESTROL BAIK- membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol, tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis
J Meningkatkan perkembangan otak
J Meningkatkan IMUNIASI badan- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
J Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
J Memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
J Berperanan dalam pengeluaran hormon antistress dan intiferon (mencegah ANEMIA dan memerangi KANSER)


Yang paling penting Vitamin C ini sesuai untuk keperluan isi rumah dan ibu mengandung.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Tawaran Harga Menarik!!!!Gila2 menarik!! 
Pada yang berminat untuk dapatkan produk ini atau nak dapatkan keterangan yang lebih detail..
Rajin-rajinkan lah jari-jemari tu untuk menghubungi:

Sueha (SID:1065972)
SMS/CALL : 018-967 1074
WHATSAPP: 012-964 2097
Email: norsuhaila.zakaria@gmail.com